Cari @ Amanz

ShopeePay Tawar Pulangan Tunai RM4 Untuk Pembayaran Di Shell

Link Copied!

Shell adalah salah satu penyedia perkhidmatan stesen minyak di Malaysia. Mereka juga tidak ketinggalan dengan perubahan dalam arena teknologi dan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai pada masa sekarang. Shell sudah menyokong pembayaran nirtunai Boost, Touch ’n Go, atau juga melalui TNG RFID.

Terkini, Shell hadir dengan promosi khusus untuk pengguna yang menggunakan dompet digital ShopeePay. Untuk waktu terhad, sehingga 15 Ogos, atau untuk transaksi 250,000 yang pertama, pembayaran secara nirtunai di Shell menggunakan ShopeePay akan menerima pulangan tunai sebanyak RM4. Pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 untuk berpeluang menerima pulangan tunai ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan ShopeePay, dan isi minyak di Shell, mungkin boleh menyemak promosi ini hari ini.


Komen ()