Boost Kini Boleh Digunakan Di Stesen Minyak Shell

Boost Kini Boleh Digunakan Di Stesen Minyak Shell

Diterbitkan pada Mei 8, 2019 oleh .

Arena dompet digital untuk transaksi nirtunai semakin popular akhir-akhir ini, dan pelbagai kedai mula menerimanya. Terkini, Boost turut mengumumkan yang mana dompet digital mereka sudah boleh digunakan di pelbagai stesen minyak Shell seluruh negara.

Boost mengatakan ia boleh digunakan di sekitar 800 stesen petrol Shell seluruh negara. Shell menyasarkan untuk pengenalan dompet digital Boost ini di seluruh negara menjelang penghujung Mei kelak.

Shell Boost

Penggunaannya adalah seperti biasa, dimana pengguna boleh ke stesen mintak Shell, dan membayar di kaunter menggunakan dompet digital Boost. Ini membolehkan anda menggunakan dompet digital Boost untuk pelbagai transaksi, termasuk pembelian minyak, barangan dalam kedai Shell dan sebagainya.

Bersempena pengenalan ini, Boost menawarkan ganjaran wang kembali sebanyak RM5 dengan perbelanjaan minima RM40 antara 14 Mei hingga 14 Jun 2019 ini. Setiap pengguna dihadkan kepada dua kali pulangan wang tunai ini.

Selain Boost dan Shell, sebelum ini kita telah melihat pengenalan aplikasi Setel di Petronas, dan WeChat Pay di Petron.


TIPS & ULASAN