Cari @ Amanz

Samsung sedia menjadualkan acara Galaxy Unpacked pada 11 Ogos 2021 akan datang, dimana mereka dijangka memperkenalkan Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip3 dan juga Galaxy Watch4.

Galaxy Unpacked

Menariknya, Samsung Malaysia sendiri kini hadir dengan promosi khas, dimana dalam usaha mengalakkan orang ramai turut serta menonton Galaxy Unpacked, mereka menawarkan baucar tambahan RM300 untuk sesiapa yang pra-tempah peranti Galaxy akan datang.

Ini bermakna, bagi anda yang melakukan pra-tempahan peranti Galaxy akan datang, anda akan menerima baucar tambahan RM300 bersama-sama pelbagai promosi lain yang disediakan. Untuk makluman, baucar ini boleh digunakan untuk pembelian lanjutan seperti aksesori dan sebagainya selepas anda pra-tempah peranti Galaxy akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat pada laman Samsung Malaysia Unpacked hari ini, dan menikmati penawaran ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd