Oculus Melancarkan Passthrough API Untuk Menggabungkan Dunia Maya Dengan Dunia Nyata

Diterbitkan pada July 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oculus telah melancarkan Passthrough API Experimental kepada pembangun aplikasi di platform mereka. Menerusi API ini, pembangun boleh menggabungkan dunia maya dengan dunia realiti bagi memberikan pengalaman realiti gabungan yang terbaik.

Antara penggunaan API ini ialah memaparkan objek realiti maya dari permua dalam dunia sebenar, memaparkan elemen realiti maya (seperti antaramuka komputer maya) dalam ruang pejabat sebenar dan memaparkan avatar maya pengguna di dunia sebenar ketika melakukan pertemuan secara atas talian.

Ciri ini telahpun digunakan oleh Oculus pada Infinite Office yang membolehkan monitor maya diapungkan dipadankan dengan papan kekunci fizikal sebenar.

Selain menggabungkan realiti maya dengan realiti sebenar, API ini turut menghasilkan penuras untuk mengubah bagaimana dunia sebenar akan dilihat menerusi peranti realiti maya Oculus serta menetapkan kawasan pandangan dunia sebenar dipaparkan dalam dunia maya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami