Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan penjualan MatePad 11 sebentar tadi, Huawei Malaysia turut menawarkan beberapa lagi pilihan komputer riba mereka pada harga lebih mampu milik daripada sebelumnya. Dengan adanya MateBook, pengguna boleh memanfaatkan ekosistem Huawei sepenuhnya. Contohnya siarkan skrin komputer riba ke MatePad, Huawei Share, menggunakan ciri extend screen bersama-sama dengan papan kekunci dan tetikus dan banyak lagi.

Jika penawaran sebelum ini tidak menepati citarasa semua, melalui beberapa lagi model pilihan – ia diharapkan dapat memuaskan hati semua.

Pertama sekali adalah Huawei MateBook 14 2021 yang kini terdapat pilihan Ryzen 5 siri 4000H pada berharga RM3,999. Kedua adalah Huawei MateBook D15 dengan cip Intel Core i5 generasi ke-10 dan ke-11 dengan memori 8GB RAM, dijual pada harga RM2,999 dan RM3,699. Akhir sekali adalah Huawei MateBook D14 variasi Intel Core i3 generasi ke-10 yang ditawarkan pada harga RM2,699 iaitu yang paling mampu milik di antara semua.

Huawei MateBook 14 menggunakan skrin 14″, beresolusi 2169 x 1440 piksel, berat 1.49 kg, memori 8GB RAM + 512GB SSD. Kedua-dua MateBook D15 adalah lebih kurang sama, dengan beza paling ketara pada berat dan cip grafik. D15 i5-10th adalah INtel UHD 620 dan 1.56 kg, manakala D15 i5-11th menggunakan Intel Xe dengan berat hanya 1.53 kg. D14 sudah semestinya yang paling asas dengan memori terhad kepada 8GB RAM dan 256GB SSD, berat 1.38 kg dan harga lebih murah.

Jika anda sudah memiliki telefon Huawei atau tablet Huawei dan ingin mencuba ekosistem mereka, komputer riba ini semua adalah pilihan terbaik. Malah, jika anda masih mencari komputer riba untuk tujuan pembelajaran dan bekerja dari rumah – salah satu daripada empat model yang ditawarkan ini pasti sudah memadai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd