Cari @ Amanz

Pemindahan Data WhatsApp iOS Ke Android Adalah Semudah Mengimbas Kod QR

Link Copied!

Antara masalah yang kami sering hadapi sebagai pengulas peranti adalah, pemindahan data WhatsApp antara peranti Android ke iOS atau di sebaliknya. Disebabkan kaedah yang sepatutnya mudah ini tidak ditawarkan, banyak syarikat pihak ketiga menjual aplikasi atau perisian yang membolehkannya. Cuma, perisian ini kadangkala dijual pada harga yang terlampau mahal dan mempunyai penggunaan yang terhad.

Bulan Mei lepas, WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp sedang menguji kemampuan memindahkan data perbualan daripada satu nombor ke nombor lain dan juga kemampuan pemindahan data di antara Android ke iOS atau sebaliknya. Terkini menurut 9to5Google, pemindahan data WhatsApp ini adalah semudah mengimbas kod QR sahaja.

Baru-baru ini Google menerbitkan aplikasi Data Restore Tool versi 1.0.382048734 di Play Store. Aplikasi ini sebelum ini disembunyikan, kerana hanyalah aplikasi sistem yang berjalan ketika pertama kali peranti Android ditetapkan. Ia hanya boleh diakses pada bila-bila masa sebelum ini oleh pengguna Pixel sahaja. Aplikasi ini dilihat kini boleh dipasang oleh semua pengguna Android.

Di dalam kod APK aplikasi ini, terdapat butiran menjelaskan kaedah pemindahan data di antara iOS ke Android. Pada iOS akan ada tetapan baharu terbina pada bahagian perbualan. Kelak WhatsApp akan paprkan pilihan Move Chats to Android. Ciri ini masih belum aktif lagi, selagi WhatsApp tidak mengemaskini aplikasi mereka untuk mengaktifkannya dan Google mula menawarkan kemampuan pemindahan data ini.


Komen ()