Cari @ Amanz

Set realiti maya Oculus Quest 2 telah ditarik dari pasaran oleh Facebook selepas busa yang digunakan pada span muka didapati menyebabkan kegatalan kulit pada sebilangan kecil pengguna. Menurut Oculus, isu mula dikesan pada Disember 2020 dan selepas mendapatkan nasihat dari pakar kulit mereka kini menghentikan jualan peranti untuk sementara waktu sementara pelapis silikon diberikan pada kit sedia ada.

Kepada pengguna Oculus Quest 2, mereka boleh memesan pelapik silikon secara percuma dari Facebook bagi mengelakkan isu kerengsaan kulit ini berterusan. Sebantak 5716 kes kegatalan kulit dilaporkan oleh pengguna dengan 46 daripadanya memerlukan rawatan di hospital. Secara keseluruhan hampir lima juta Oculus Quest 2 terjejas dengan isu ini.

Selain itu storan Oculus Quest 2 juga akan ditambah baik ke 128GB apabila ia kembali di pasarkan kelak tetapi masih lagi mengekalkan harga jualan asal $299 untuk satu set lengkap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd