25.2% Penduduk Dewasa Di Malaysia Kini Telah Lengkap 2 Dos Vaksin

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Kesihatan Malaysia kini mengumumkan yang mana 25.2% penduduk dewasa di Malaysia telah pun lengkap dua dos vaksin. Ini secara tidak langsung memperlihatkan satu daripada empat orang dewasa di Malaysia telah pun melengkapkan 2 dos vaksin.

Secara keseluruhan, sebanyak 18.1% populasi di Malaysia telah melengkapkan dua dos vaksin.

Malah, kini kerajaan telah mula melaksanakan Operasi Tingkat Kapasiti dalam memastikan semua penduduk dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos 2021 kelak.

Paling terbaru, semalam menyaksikan sebanyak 553,871 dos vaksin diberikan dalam masa sehari, sekaligus memperlihatkan Malaysia dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok secepat mungkin.

komen


© Amanz / 2022 Kami