Aplikasi Switch To Android Sedang Dibangunkan Untuk iOS

Diterbitkan pada July 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi pertama Apple di Google Play Store ialah Move to iOS yang dilancarkan enam tahun yang lalu. Ia memudahkan proses pemindahan data pengguna Android ke platform iOS. Tetapi kini menurut laporan 9to5 Google, aplikasi Switch to Android akhirnya dibangunkan untuk platform iOS.

Ini adalah berdasarkan analisa kod APL untuk sistem Data Restore Tool yang digunakan oleh Android. Terdapat pilihan untuk memindahkan mesej, buku alamat, dan aplikasi dengan memasukkan maklumat log ke akaun iTunes. Pengguna iOS kemdian dapat menggunakan peranti Android baharu mereka dengan tetapan yang hampir sama dengan peranti lama mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami