Huawei : Halangan Amerika Membuatkan Telefon Dengan Cip 5G Hanya Boleh Guna Rangkaian 4G

Diterbitkan pada July 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti ramai sedia maklum, Huawei sedia menerima halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat – sekaligus membuatkan mereka dikekang daripada melakukan sejumlah perkara. Salah satunya adalah berkenaan dengan penggunaan modem 5G.

Hari ini, Huawei telah memperkenalkan Huawei P50, tetapi walaupun menggunakan cip Snapdragon 888, ia diterhadkan kepada rangkaian 4G sahaja.

Hal ini adalah kerana walaupun Huawei diberi pelepasan mendapatkan cip daripada Qualcomm, namun mereka hanya dibenarkan untuk menggunakan sokongan rangkaian 4G sahaja pada cip berkenaan.

Sebagai alternatif, Huawei kini memasarkan peranti mereka hadir dengan sokongan rangkian 4G dan WiFi 6 untuk penawaran kualiti rangkaian yang baik melaluinya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami