Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah memperkenalkan Huawei P50 secara rasminya, dan menariknya turut berkongsi berkenaan dengan sistem operasi yang dibangunkan mereka, HarmonyOS.

HarmonyOS 2 merupakan sistem operasi yang pertama kali ditawarkan untuk telefon pintar, dan ia telah disokong pada sejumlah peranti. Huawei mengatakan pada hari ini, sebanyak 40 juta peranti telah dinaik-taraf kepada HarmonyOS 2 ini.

Huawei turut mengatakan pengguna Huawei Mate 9 dan P10 akan turut menerima ujian beta untuk HarmonyOS 2 tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak Huawei masih belum berkongsi berkenaan penawaran kemaskini HarmonyOS kepada pengguna global. Sebaliknya, bagi anda yang ingin mencubanya, perlu mendapatkan peranti yang hadir terpasang dengan HarmonyOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd