Huawei Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak Dengan Kamera 5MP
July 29, 2021
Huawei
Aman
Huawei hari ini turut telah memperkenalkan beberapa aksesori bersama-sama pengenalan Huawei P50, dan salah satunya adalah jam tangan pintar untuk kanak-kanak.
Huawei Children Watch 4 Pro ini hadir dengan rekaan muka jam berbentuk empat-segi, dan boleh dihubungkan bersama sejumlah peranti Huawei seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya.

Huawei turut menyertakan sokongan penjejak lopkasi, bagi memudahkan ibubapa mengetahui lokasi anak pada sesuatu masa.
Disamping itu, ia turut dilengkapi kamera 5-megapixel yang boleh digunakan bagi tujuan panggilan video.

Buat masa ini, ia ditawarkan di China sahaja, pada harga 998 Yuan, iaitu sekitar RM650.