Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Melabur Pada OYO

Diterbitkan pada July 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OYO merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda mencari hotel pada harga kompetitif, dan menikmati pengalaman yang selari dibawah hotel-hotel bajet rangkaian Oyo.

Syarikat yang berasal dari India berkenaan sedia beroperasi di pelbagai negara, termasuk di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan, pelbagai hotel bajet tempatan telah menerima nafas baharu dibawah rangkaian Oyo ini.

Apa pun, disebabkan oleh pandemik dan perintah kawalan pergerakan, ia memberikan impak tinggi terhadap perniagaan Oyo.

Terbaru, agak mengejutkan, ia dikatakan Microsoft dalam perbincangan untuk melabur pada Oyo. Syarikat yang terkesan ini, telah sedia mengurangkan angka pekerja mereka pada peringkat global, dan pada masa yang sama pandemik ini telah mengurangkan nilai syarikat berkenaan.

Antara pelabur sedia ada Oyo adalah SoftBank dan juga pihak AirBnb.

Ia tidak diketahui apakah perancangan pihak Microsoft dengan melabur pada Oyo kelak. Mungkin ini salah satu kaedah Microsoft dalam mempelbagaikan portfolio mereka, dan mengintegrasikan sejumlah penawaran teknologi mereka ke pelbagai industri berbeza.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami