Cari @ Amanz

Sekatan ekonomi mengakibatkan Huawei tidak lagi mampu menghasilkan jumlah peranti yang banyak dan kompetitif di pasaran. Semalam Huawei P50 dan P50 Pro dilancarkan tetapi langsung tidak menyokong rangkaian 5G kerana tidak mampu mengakses komponen yang diperlukan. Ini juga boleh menyebabkan pengguna peranti mereka sekarang berpindah ke jenama lain sekiranya mencari peranti baharu.

Semalam Huawei menawarkan program menaik taraf storan dalaman peranti lama yang tidak pernah ditawarkan oleh pengeluar lain sebelum ini. Menerusi program ini pengguna diberikan pilihan menaik taraf storan ke 128, 256 dan 512 GB dengan bayaran bermula dari RMB 369 (~RM 242). Senarai siri peranti yang boleh dinaik taraf adalah seperti di bawah.

  1. Huawei Enjoy 10
  2. Huawei Mate 10
  3. Huawei Mate 20
  4. Huawei Mate 30
  5. Huawei Mate 9
  6. Huawei Mate RS
  7. Huawei Nova 2s
  8. Huawei Nova 3
  9. Huawei Nova 4
  10. Huawei Nova 5
  11. Huawei Nova 6
  12. Huawei Nova 7
  13. Huawei P10
  14. Huawei P20
  15. Huawei P30

Sumber Gizmochina

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd