Vaksinasi Tanpa Temu Janji Di Lembah Klang Bermula 2 Ogos Ini Bagi 40 Tahun Ke Atas dan Golongan Komorbid Terlebih Dahulu

Diterbitkan pada July 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penduduk Lembah Klang akan dibenarkan mendapatkan vaskin tanpa sebarang temu bermula 2 Ogos ini. Tetapi pada peringkat awal, ia akan dibuka kepada warganegara Malaysiaberumur 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.

Vaksin Covid

Kemudian dari 5-22 Ogos pula, ia akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas di Lembah Klang. Kepada bukan warganegara pula, ia akan dibuka dari 9-22 Ogos 2021. Pemberian vaksin tanpa temu janji hanya akan dilakukan pada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu sahaja bukan pada semua seperti pada pengumuman asal.

Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.

  1. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
  2. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
  3. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
  4. Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  5. Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
  6. Sabak Bernam Dewan Komuniti Serendah
  7. Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
  8. Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)

Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.

  1. Stadium Nasional Bukit Jalil

Pemberian vaksin tanpa temu janji adalah sebahagian daripada Operasi Lonjakan Kapasiti bagi memastikan 100% penduduk dewasa Malaysia akan menerima dos lengkap menjelang Oktober 2021. Ia akan ditawarkan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh negara.

Sumber Bernama

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami