Elon Musk Menidakkan Laporan Mengatakan Ingin Menjadi CEO Apple

Diterbitkan pada July 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemaskini : Elon Musk mengatakan perkara berkenaan tidak pernah berlaku, dan kisah dalam buku berkenaan tidak tepat. Seperti sebelumnya, Elon Musk mengatakan beliau pernah ingin bertemu dengan Elon Musk, tetapi pertemuan berkenaan tidak berlaku – sama seperti yang pernah kami laporkan suatu ketika dahulu.

Laporan sebelumnya : Tesla sering diperkatakan sebagai salah satu syarikat yang sesuai untuk diambil-alih oleh Apple dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena automotif.

Terbaru, melalui laporan yang hadir, ia diperkatakan Apple dan Tesla pernah pertimbang untuk berbincang berkenaan pengambil-alihan.

Elon Musk

Ia dikatakan, sekitar 2016 yang lepas, ketika Elon Musk dan Tim Cook berbincang, Elon Musk dikatakan berminat untuk menjual Tesla kepada Apple, tetapi dengan syarat Elon Musk diberikan jawatan CEO.

Ia dikatakan Elon Musk inginkan jawatan CEO Apple, dan bukan sekadar CEO Tesla pasca pengambil-alihan Apple.

Tim Cook dipetik terus menamatkan panggilan selepas itu.

Untuk makluman, sebelum ini pada 2020 yang lepas, Elon Musk pernah mengatakan mereka pernah ingin menjual Tesla kepada Apple – namun Tim Cook tidak berminat, mahupun ingin bertemu untuk membincangkan berkenaan dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami