Cari @ Amanz

Era pengecas nirwayar bermagnet pada peranti Android akan bermula dengan pelancaran RealmeDart. Ini akan memberikan cabaran kepada MagSafe kerana ia turut menawarkan pengecasan yang lebih pantas. Tetapi selain Realme, Oppo juga akan melancarkan pengecas nirwayar bermagnet mereka tersendiri.

Rekaan CAD untuk pengecas ini telahpun tertiris dan menunjukkan sambungan kepada port USB-C. Dengan ini kepala pengecas lama masih boleh digunakan untuk pengecasan berwayar dan nirwayar menggunakan pengecas ini. Kuasa pengecasan Air VOOC yang disokong masih belum diketahui tetapi pada waktu ini 65W ialah kuasa tertinggi yang ditawarkan Oppo kepada pengguna.

Sumber Oyprice

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd