Cari @ Amanz

Komputer Desktop Modular Intel NUC 11 Extreme Kit Beast Canyon Dilancarkan Secara Rasmi

Link Copied!

Pada Jun yang lalu, Intel NUC 11 Extreme Kit dengan nama kod Beast Canyon diperlihatkan kepada umum. Komputer desktop gaming modular ini bersaiz kompak tetapi masih mempunyai ruang untuk komponen berprestasi tinggi. Minggu ini Intel NUC 11 Extreme Kit akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Menara mempunyai kapasiti 8 liter yang membolehkan kad GPU bersaiz penuh digunakan bersama dengan memori sehingga 64GB RAM dan dua slot untuk SSD M.2. Intel akan menawarkan model dengan CPU Intel Core-i9 atau Intel Core-i7.

Tiga kipas sebesar 92mm pula memastikan aliran udara untuk menyejukkan komponen yang dipasang. Terdapat juga lampu RGB pada bahagian bawah dan RGB untuk panel logo hadapan yang boleh dikustomasi oleh pemilik.

Turut disertakan iala 2x Thunderbolt 4 , sambungan Wi-Fi 6E, ethernet 2.5-gigabit dan sumber kuasa 650-watt. Harga jualan untuk model dengan Intel Core-i7 Gen-11 ialah $1150 (~RM4853) manakala untuk Intel Core-i9 Gen-11 pula ialah $1350 (~RM5697) sebuah.


Komen ()