Cari @ Amanz

Microsoft telah pun memulakan peralihan pelayar web daripada Internet Explorer kepada Microsoft Edge secara berperingkat sejak sebelum ini, dan menamatkan sokongan untuk beberapa perkhidmatan memandangkan IE11 tidak dikemaskini dengan teknologi web terkini.

Pada bulan ini, Microsoft akan turut menamatkan sokongan Internet Explorer 11 untuk Microsoft 365 – perkhidmatan dan aplikasi berasaskan web mereka, iaitu pada 17 Ogos 2021.

Dengan penamatan sokongan ini, pengguna diminta beralih ke pelayar web moden lain – termasuk Microsoft Edge. Bagi pengguna yang menggunakan IE11, perkhidmatan Microsoft 365 mungkin tidak berfungsi dengan lancar pada pelayar web berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda masih kekal menggunakan Internet Explorer 11 pada hari ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd