Cari @ Amanz

Intel Akan Memperkenalkan Kad Grafik Pesaing RTX 3070 Pada Awal 2022

Oleh Nazrin

Link Copied!

Selain daripada mengembangkan sayap pembuatan cip pemprosesan mereka, Intel juga dilihat sedang berusaha untuk membangunkan komponen-komponen pengguna baru, khususnya siri cip pemprosesan grafik mereka sendiri yang dilihat akan menandingi pilihan kad grafik keluaran AMD dan NVIDIA.

Siri cip pemprosesan Intel DG2 ini sudahpun diperlihatkan beberapa kali oleh pihak Intel sendiri, dan ujian penanda-aras awal memperlihatkan prestasi yang setaraf dengan kad grafik AMD Radeon RX 6700XT dan NVIDIA GeForce RTX 3070.

Laman teknologi Weibo, Hardware Academy, salah satu sumber dipercayai untuk maklumat perkakasan tertiris telah mengatakan bahawa Intel akan mengumumkan ketibaan siri cip pemprosesan Intel DG2 ini sewaktu acara CES 2022 kelak, yang mana Intel juga dilihat akan memperkenalkan siri CPU Alder Lake untuk peranti-peranti komputer riba pada tahun hadapan.

Pengumuman besar daripada Intel ini diharap akan menggoncang semula dunia pekomputeran pengguna dengan penawaran pilihan grafik yang berkuasa daripada pihak ketiga.

(Sumber: VideoCardz)


Komen ()