Xiaomi kini memperkenalkan satu lagi telefon pintar baharu di bawah siri Redmi Note 10. Dikenali sebagai Redmi Note 10 JE (Japan Edition), ia ditawarkan secara eksklusif hanya untuk pasaran jepun. Ia dijual pada 28,765 yen (~RM1,108) dan akan dipasarkan bermula 3 Ogos 2021.

Dari segi rekaan, ia menampilkan reka bentuk fizikal yang sama seperti Redmi Note 10 5G. Untuk spesifikasi khusus, Redmi Note 10 JE dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan 18W.
Tetapan kamera pula terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Manakala, kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – pengimbas cap jari sisi, penarafan IP68, bluetooth 5.0. port sambungan USB-C dan banyak lagi. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia seperti Graphite Grey dan Chrome Silver.
Sumber : Xiaomi Japan