Cari @ Amanz

Chrome OS 92 Kini Menyokong eSIM, Akses Pintas Emoji Dan Google Meet Versi PWA

Link Copied!

Chrome OS semakin hari menjadi semakin hebat. Lebih-lebih sejak inisiatif bekerja dari rumah dan pembelajaran dari rumah dilaksanakan oleh banyak negara dan penggunaan Chrome OS yang meningkat melalui pelbagai pejualan peranti Chrome OS seperti Chromebook.

Terkini, versi 92 telah diedarkan kepada pengguna Chrome OS yang menyokongnya. Kemaskini ini membawakan sokongan Google Meet versi PWA sama seperti yang ditawarkan oleh Zoom baru-baru ini. Melaluinya penggunaan adalah lebih mudah, prestasi adalah lebih pantas dan saiz muat turun adalah lebih kecil, kerana ia adalah aplikasi web yang boleh dimuat turun di Play Store.

Google turut membawakan pelbagai emoji baharu mereka dengan sokongan akses lebih pantas untuk pengguna berbual dengan rakan atau yang tersayang pada mana-mana aplikasi permesejan.

Kemudian mereka yang menggunakan Chromebook yang menyokong eSIM seperti Chromebook Spin 513 atau Acer Chromebook 511, kini boleh imbas kos QR daripada syarikat telekomunikasi masing-masing untuk sentiasa mendapat akses Internet.

Khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat (mungkin buat masa ini), aplikasi Explorer yang diperkenalkan sebelum ini kini menawarkan majalah digital untuk kanak-kanak dan keluarga. Ia juga menawarkan kandungan untuk kanak-kanak mempelajari pengekodan dan membangunkan permua tersendiri. Akses ini ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan Family Link.


Komen ()