Cari @ Amanz

Sejak kebelakangan ini, Google turut memberi fokus pada penggunaan Emoji. Sudah tentu fokusnya adalah pada aplikasi papan kekunci mereka, Gboard. Sebentar tadi akses pintas Emoji diberikan pada Chrome OS 92, kini aplikasi Gboard untuk Android pula menerima kemaskini dengan tetapan khusus untuk pelekat, GIF dan juga emoji.

Tetapan khas ini diberi nama Emoji, Pelekat & GIF dan berada di bawah tetapan kamus. Apabila dibuka, pilihan pertama adalah untuk susu atur pada aplikasi papan kekunci. Berikut adalah tetapan yang boleh anda hidup atau matikan;

  • Kekunci suis emoji
    • Menghidupkan ciri ini akan menggantikan kekunci pilihan bahasa.
  • Baris akses pantas emoji
    • Emoji yang kerap digunakan akan dipaparkan pada barisan di ruang utama papan kekunci.
  • Emoji dalam papan kekunci simbol
    • Apabila anda menekan kekunci simbol, barisan emoji turut akan dipaparkan.
  • Emoji dengan papan kekunci fizikal
    • Jika ada aksesori papan kekunci disambungkan, menekan kekunci Alt akan memaparkan pilihan emoji.

Seterusnya pada bahagian Cadangan, ia akan memaparkan pilihan yang lebih bersesuaian;

  • Carian kandungan ramalan
    • Apabila anda menaip perkataan seperti senyum, sedih, dan lain-lain – Gboard akan meramalkan emoji, pelekat atau GIF yang bersesuaian.
  • Cadangan semasa menaip
    • Lebih kurang dengan tetapan di atas, cuma Gboard akan mencadangkan pilihan emoji semasa anda sedang menaip.
  • Pelekat Emoji
    • Dalam kemaskini lalu, Emoji Kitchen jika anda memilih emoji Gboard boleh cadangkan pelekat dan akan ada ribuan pilihan.

Buat masa ini, ciri ini ditawarkan kepada pengguna versi beta. Jika anda ingin mencubanya anda boleh daftar melalui pautan di bawah atau muat turun papan kekunci ini versi stabil dan nantikan sahaja kehadirannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd