Semalam beberapa aksesori peranti input untuk iMac M1 akhirnya ditawarkan kepada pelanggan yang ingin memilikinya. Turut ditawarkan pada masa yang sama ialah beberapa kad grafik dari siri Radeon Pro W6000 untuk komputer Apple Mac Pro.

Tiga GPU yang ditawarkan ialah Radeon Pro W6900X, a Radeon Pro W6800X, dan Radeon Pro 6800X Duo kesemuanya dalam bentuk MPX Modules yang disokong Mac Pro untuk pemasangan secara modul. Menerusi sokongan Infinity Fabric Link, sehingga 4 GPU boleh dipasang pada sebuah Mac Pro dalam bentuk dua modul MPX Radeon Pro 6800X Duo dengan memori 128GB RAM GDDR6.
Harga modul bermula dari RM9,600 untuk Radeon Pro W6800X dengan 32GB RAM GDDR6 dan meningkat ke RM46,400 untuk dua Radeon Pro W6900X dengan memori gabungan 64GB RAM GDDR6. Dengan pengenalan GPU siri Radeon Pro W6000 ini, Apple tidak lagi menawarkan GPU AMD Radeon Pro Vega II dan AMD Radeon Pro Vega II Duo,