Cari @ Amanz

Apple sedia memperkenalkan Apple Card pada tahun 2019nyang lepas di Amerika Syarikat, membolehkan ia diintegrasikan bersama Apple Pay untuk pembayaran menggunakan iPhone, selain menggunakannya untuk tujuan pelbagai pembelian di kedai dan sebagainya.

Apple Card

Sejak daripada itu, kita turut telah melihat Samsung memperkenalkan Samsung Pay Card, selain Huawei memperkenalkan Huawei Vard. Terbaru, Vivo dilihat turut telah mendaftar tanda dagang untuk Vivo Card.

Dengan pendaftaran tanda dagang ini, ia sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana Vivo turut akan memasuki arena kewangan dengan penawaran Vivo Card. Ia mungkin ditawarkan bermula dari China, dan diperluaskan ke negara-negara lain.

Pada hari ini, Vivo sedia mempunyai pegangan pasaran yang ke-5 terbesar di dunia, dan penyertaannya mungkin membuatkan pengguna Vivo mendapatkannya dan memudahkan mereka untuk tujuan transaksi.


Sebelum ini, selain Vivo, pihak Oppo turut dilihat telah mendaftarkan tanda dagang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd