Huawei Hadir Dengan Penawaran Kad Kredit Seumpama Apple Card – Terhad Di China Buat Masa Ini

Huawei Hadir Dengan Penawaran Kad Kredit Seumpama Apple Card – Terhad Di China Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Huawei kini membuat kejutan dan telah memperkenalkan kad kredit mereka tersendiri, dinamakan Huawei Card. Penawaran terbaru ini diperkenalkan di China ketika pengenalan Huawei P40 baru-baru ini.

Huawei Card

Penawaran ini boleh dikatakan seumpama penawaran Apple Card sebelum ini – dimana ia hadir dengan rekaan minimalis dan kemas. Huawei bekerjasama dengan pihak Union Pay untuk penawaran kad kredit mereka ini.

Seperti Apple Card, ia hadir dengan penawaran kad kredit fizikal dan maya, selain turut menawarkan pulangan tunai untuk pembelian. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan menawarkan kad kredit ini secara rasminya di China – mahupun untuk pasaran luar. Pelbagai syarikat yang melihat kepada penawaran kewangan akhir-akhir ini. Grab turut menjadualkan pengenalan kad mereka untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.



TIPS & ULASAN