Cari @ Amanz

NVIDIA sedia mengumumkan hasrat pengambil-alihan firma rekabentuk cip, ARM sejak tahun 2020 yang lepas, pada nilai mencapai $40 bilion. Namun, ia menerima pelbagai kritikan dan tentangan daripada pelbagai pihak – bukan sahaja syarikat pengeluar cip pemprosesan lain, tetapi juga pihak kerajaan.

Terbaru, ia turut dilaporkan yang mana pihak berkuasa di UK turut akan menghalang pengambil-alihan berkenaan, dan dijangka menggunakan alasan yang mana ia mungkin melibatkan keselamatan kebangsaan.

NVIDIA ARM

NVIDIA merupakan syarikat berpusat di Amerika, sementara ARM pula berpusat di UK. Pengambil-alihan ini akan membuatkan ARM menjadi milik syarikat Amerika.

Apa pun, pihak NVIDIA sedia mengatakan mereka akan bekerjasama dengan kerajaan UK dala melalui proses kebenaran dan sebagainya, sekaligus membolehkan mereka mengambil-alih ARM.

Ia turut dilaporkan yang mana sekiranya proses pengambil-alihan ini dihalang, maka ARM akan melihat untuk melakukan penyenaraian awam (IPO).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd