Pelitup Muka Pintar Razer Zephyr Kini Memulakan Ujian Beta

Diterbitkan pada Ogos 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelitup muka Project Hazel diumumkan oleh Razer pada Mac lalu sebagai sistem penapisan udara peribadi pintar. Projek yang pada asalnya adalah sekadar konsep kini akan mula ditawarkan kepada umum dengan ujian beta kini dibuka kepada pengguna yang berminat.

Topeng ini hadir dengan penuras N95 di bahagian kiri dan kanan pipi yang turut mempunyai jalur LED RGB yang boleh digunakan untuk menerangkan bahagian dalam topeng ini, dimana rangkanya diperbuat daripada plastik separa lutsinar untuk memudahkan pergerakan bibir dibaca ketika berinteraksi.

Lebih menarik lagi, bahagian penuras tersebut digunakan juga sebagai pembesar suara kecil yang membolehkan orang mendengar suara anda dengan lebih jelas, dimana ia juga mempunyai mikrofon terbina untuk menangkap suara pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami