ZTE Axon 30 Mula Menerima Kemaskini Perisian – Menawarkan Sokongan Sehingga 20GB RAM

Diterbitkan pada Ogos 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ZTE Axon 30 merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada ZTE untuk pasaran Malaysia, dan ditawarkan pada harga RM3599. Menariknya, dengan fokus terhadap peranti mercu, kini pihak ZTE turut telah mula menawarkan kemaskini perisian yang membawakan sokongan penambahan memori maya pada telefon pintar berkenaan.

ZTE Axon 30 hadir dengan memori 12GB RAM, dan kemaskini perisian terbaru yang telah mula diperkenalkan di China membawakan sokongan memori maya tambahan 8GB. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati memori sehingga 20GB RAM menggunakan peranti berkenaan.

Untuk makluman, ciri memori maya ini menggunakan ruangan storan kosong pada peranti, dan mengubahnya menjadi memori sementara – sekaligus menawarkan kelancaran tambahan.

Sejumlah pengeluar peranti telah mula menawarkan ciri ini, membolehkan anda menambah prestasi peranti untuk sementara.

Dengan pengenalan kemaskini perisian ini di China, kita juga mungkin melihat pengenalannya berperingkat di pasaran global, termasuk Malaysia tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami