Exynos W920 Diumumkan – Cip 5nm Pertama Untuk Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada Ogos 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung pagi ini mengumumkan Exynos W920 yang merupakan cip pemproses peranti boleh-pakai pertama dihasilkan menggunakan teknologi 5nm. Ia dihasilkan khusus untuk peranti boleh-pakai terkini Samsung dan sebelum ini ditiriskan bakal digunakan pada Galaxy Watch4 yang akan dilancarkan esok.

Exynos W920 dilengkapi dua teras ARM Cortex-A55 dengan GPU ARM Mali-G68. Jika dibandingkan dengan Exynos 9110 yang menjadi cip peranti boleh-pakai Samsung sebelum ini, W920 menunjukkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20% dan 10 kali ganda pula pada prestasi grafik. Ia turut dilengkapi cip khas Cortex-M55 yang hanya digunakan untuk paparan AOD bagi mengurangkan penggunaan bateri.

Ia membolehkan peranti menyokong rangkaian LTE Cat.4 serta sistem Global Navigation Satellite System (GNSS) L1 yang lebih tepat

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami