Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sejumlah produk baharu, dan bersama-sama dengannya, CEO Xiaomi, Lei Jun turut mengumumkan misi baharu syarikat teknologi berkenaan.
Menurut Xiaomi, kini mereka menyasarkan untuk menjadi jenama pengeluar nombor satu dunia untuk telefon pintar dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Lei Jun turut berterima kasih dengan semua kerana mempercayai jenama mereka selama ini.
Untuk makluman, Xiaomi kini menduduki tangga kedua dari segi pengeluar peranti mudah-alih, melangkaui Apple, dan hanya dibelakang Samsung.
Namun, untuk tahun ini, Lei Jun menyasarkan untuk lebih kepada mempertahankan kedudukan mereka sebelum bergerak ke hadapan.
Xiaomi sedia beruntung disebabkan mereka dapat menutup lubang yang ditinggalkan Huawei, dan telah menambah pegangan pasaran mereka dengan lebih pantas dalam tempoh setahun dua ini.
Semestinya dengan sasaran baharu ini, orang ramai ingin mengetahui apakah strategi baharu Xiaomi dalam mencapainya.