Cari @ Amanz

Aplikasi Spotify Untuk Wear OS Dikemaskini Untuk Mendengar Muzik dan Podsiar Di Luar Talian

Link Copied!

Dengan pelancarkan Samsung Galaxy Watch4 dan Watch4 Classic semalam, Spotify turut mengumumkan kemas kini kepada aplikasi jam tangan pintar dengan Wear OS mereka. Menerusi kemas kini yang akan diberikan kelak, pengguna akhirnya akan dapat memuat turun muzik dan podsiar kegemaran ke jam tangan untuk menikmatinya di luar tarian.

Ciri ini akan diberikan kepada kesemua jam tangan Wear OS dan tidak terhad kepada dua jam tangan terkini Samsung. Pengguna hanya perlu melakukan kemas kini pada aplikasi sedia ada apabila menerima notifikasi. Menerusi Wear OS terbaru ini, aplikasi akan secara automatik dipasang pada jam tangan pintar apabila aplikasi telefon pintar dimuat turun.

Kemas kini akan diberikan kepada jam tangan Wear OS 2.0 dan ke atas sahaja. Ciri muat turun juga hanya boleh digunakan oleh pengguna Spotify Premium.


Komen ()