S Pen Untuk Samsung Galaxy Z Fold3 Dilengkapi Mata Getah dan Penyerap Tekanan

Diterbitkan pada Ogos 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada Samsung Galaxy Z Fold3 5G, sokongan stylus S Pen Fold Edition diberikan buat pertama kali. Ini menjadikan ia peranti skrin boleh-lipat pertama yang mempunyai sokongan stylus. Tetapi dengan skrin boleh-lipat amat sensitif kepada tekanan tidak seperti skrin kaca, Samsung menggunakan penyelesaian kreatif untuk mengelakkan stylus menyebabkan kerosakan.

Mata pena S Pen Fold Edition diliputi lapisan getah untuk mengelakkan ia dari mencalarkan permukaan skrin. Sebagai langkah keselamatan sekunder, stylus yang sama dilengkapi spring pada bahagian dalam untuk menyerap tekanan yang berlebihan ketika S Pen digunakan. Dengan dua sistem ini isu skrin boleh-rosak akan dapat dielakkan.

Oleh itu sekiranya anda bercadang menggunakan S Pen lama dari siri Note dan S21, harus diingatkan ia tidak direka untuk digunakan secara selamat pada skrin boleh-lipat Z Fold3.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami