ShopeeFood Dijangka Beroperasi Di Lembah Klang Seawal September 2021

Diterbitkan pada Ogos 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee sedia memperluaskan penawaran kepada penghantaran makanan di Indonesia sebelum ini melalui ShopeeFood. Selain di Indonesia, sejak beberapa bulan lepas, pihak Shopee turut telah mula mendaftar rakan penghantar dan restoran untuk ShopeeFood di Malaysia.

Buat peringkat permulaan, ia dilihat memfokuskan kepada Lembah Klang terlebih dahulu – sebelum diperluaskan ke lokasi lain.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat pesanan makanan melalui aplikasi Shopee daripada restoran-restoran berdekatan, dan seterusnya menerima makanan di rumah – lebih kurang seperti FoodPanda dan juga GrabFood.

Melalui pengiklanan di laman sosial Facebook, ia dilihat memberikan petanda yang mana perkhidmatan tempahan makanan ShopeeFood ini mungkin beroperasi di Lembah Klang seawal September 2021 ini.

Malah, bahan promosi yang digunakan turut mengatakan yang mana pengguna akan dapat menikmati diskaun, selain penghantaran percuma.

Seperti biasa, pelbagai perkhidmatan akan hadir dengan penawaran dan diskaun yang agak tinggi ketika permulaan pengenalan perkhidmatan, dan kita mungkin melihat perkara sama melalui ShopeeFood kelak.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan ShopeeFood ini di Lembah Klang tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami