Honor Tab V7 Pro Diumumkan Dengan Skrin 120Hz, Cip MediaTek Kompanio 1300T, Stylus Magic Pencil 2

Diterbitkan pada Ogos 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain siri Honor Magic 3, tablet baharu dikenali sebagai Honor Tab V7 Pro turut dilancarkan secara rasmi. Ura-ura yang mengatakan tablet ini akan dilengkapi cip MediaTek Kompanio 1300T ternyata benar apabila ia diumumkan menggunakan cip pemprosesan tersebut.

Untuk spesifikasi khusus, Honor V7 Pro dilengkapi skrin 11-inci IPS LCD dengan resolusi 2560 x 1600 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kepadatan piksel 276ppi. Selain daripada cip MediaTek Kompanio 1300T, tablet ini turut dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 7,250mAh yang menyokong pengecasan 22.5W. Tidak habis di situ, ia juga dilengkapi sistem penyejukan 7 lapisan untuk proses pengaliran haba yang baik.

Untuk fotografi, ia membawakan kamera utama 13MP (utama) + 2MP (makro). Namun begitu, informasi mengenai kamera swafoto tidak pula dikongsi. Beberapa lagi spesifikasi lain seperti empat pembesar suara, sokongan stylus Magic-Pencil 2, aksesori papan kekunci bermagnet dan lain-lain. Tidak ketinggalan, Honor V7 Pro turut mempunyai sokongan 5G terbina dan WiFi 6, di samping menjalankan antaramuka MagicUI 5.0.

Tablet ini akan ditawarkan dalam warna Morning Gold dan Dawn Blue. Di China, ia ditawarkan pada harga RMB2,599 (~RM1,698) (6GB/128GB), RMB2,799 (~RM1829) (8GB/128GB), dan RMB3,299 (~RM2,156) (8GB/256GB). Sementara itu, tablet Honor V7 Pro dengan rangkaian 5G terbina pula dijual pada RMB3,699 (~RM2,418) (8GB/256GB).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami