Carian
Siri IQOO 8 Akan Menyokong Pengecasan Pantas Berwayar 120W, Nirwayar 50W
August 13, 2021 Amy Maizuraa

Siri IQOO 8 akan dilancarkan di China pada 17 Ogos depan. Siri ini dikhabarkan hadir dengan sekurang-kurangnya dua model berbeza – iaitu iQOO 8 dan iQOO 8 Pro. Menjelang pelancaran rasmi, iQOO dilihat berkongsi beberapa lagi ciri utama yang penting pada telefon pintar. Di mana, kedua-duanya akan didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 120W. Ini adalah ciri yang sama terdapat pada siri iQOO 7 sebelum ini.

Di samping itu, iQOO dilihat memberikan sedikit kelebihan pada model pro dengan menyertakannya sokongan pengecasan nirwayar pantas 50W dan pengecasan berbalik 10W. Buat masa ini, masih belum ada sebarang informasi mengenai jumlah kapasiti bateri. Tetapi, kita boleh menjangkakan telefon pintar berkenaan akan mempunyai bateri sekitar 4,500mAh.

Menurut spekulasi awal, siri iQOO 8 akan dilengkapi panel hadapan melengkung yang menyokong skrin AMOLED beresolusi 2K. Paparan ini turut dikhabarkan menyokong kadar segar semula mencapai 120Hz. Selain itu, ia juga akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 888+. Butiran lain masih belum diketahui, sama-sama kita nantikan kemaskin lebih lanjut.

Sumber : Mysmartprice

Komen