Disney+ Kini Mempunyai 116 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Ogos 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam masa kurang 24 bulan, Disney+ kini berjaya mempunyai 116 juta pelanggan berbayar. Ini diumumkan menerusi laporan kewangan terkini mereka yang diterbitkan semalam. Ini adalah peningkatan dari 100 juta pelanggan yang diumumkan pada Mac yang lalu.

Disney+ masih jauh di belakang Netflix yang kini mempunyai 209 juta pelanggan berbayar. Peningkatan pelanggan baharu pada kesemua platform penstriman kini mula perlahan dengan dunia dibuka semula selepas pandemik. Bagi menentang pengurangan jumlah pelanggan, Netflix akan menawarkan perkhidmatan penstriman permainan video tanpa bayaran tambahan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami