Oppo ialah syarikat yang mempunyai legasi memperkenalkan inovasi teknologi kamera pada telefon pintar. Bermula dengan kamera berputar pada Oppo N1 dan sistem kamera zum nirhilang pada tahun 2017 dan yang terawal memperlihatkan kamera bawah skrin. Pada 19 Ogos hadapan mereka akan mengadakan acara OPPO Future Imaging Technology untuk memperlihatkan inovasi kamera mereka yang seterusnya.

Pada acara ini mereka akan memperlihatkan teknologi terbaru kamera bawah skrin (UDC), sistem zoom nirhilang, sensor terkini dan sistem penstabilan OIS lima paksi yang terkini. Setakat ini masih tiada maklumat yang tertiris. Bagi mereka yang inginkan teknologi pengimejan terkini untuk peranti mudah alih, acara Oppo ini pastinya mesti ditonton.