Cari @ Amanz

Dengan pelancaran siri Honor Magic3 dan Honor 50, Honor ingin kembali menjadi antara lima pengeluar telefon pintar terbesar di dunia selepas pengeluaran terjejas akibat sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Selepas bergerak secara kendiri akhir tahun lalu, Honor tidak mahu membuang masa untuk mengejar semula pengeluar lain.

Dalam sebuah temuramah dengan GSMArena, George Zhao ketua pegawai eksekutif Honor mengesahkan peranti-peranti yang telah dilancarkan setakat ini akan dipasarkan ke peringkat global. Siri Honor Magic3, Honor 50, Honor X20 dan Honor Pad V7 Pro peringkat global akan dilengkapi Google Mobile Services (GMS) secara rasmi.

Ini adalah bagi memenuhi kehendak pasaran luar China yang memerlukan GMS untuk berfungsi dengan baik. Tetapi di China pula, Honor akan menggunakan Huawei Mobile Services untuk memudahkan pengguna mendapatkan aplikasi.

Seperkara lagi George Zhao mengesakan juga peranti-peranti Honor akan dijual dengan pengecas di dalam kotak. Maka tidak perlu risau pengguna perlu membeli perantis secara berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd