Seorang hakim Suruhanjaya Perdagangan Antarabanga A.S (ITC) mendapati Google bersalah melanggan lima paten speaker pintar yang dipegang oleh Sonos. Ini membuka peluang kepada Sonos untuk mengharamkan speaker pintar Nest, fon telinga Pixel dan Chromecast diimport masuk ke Amerika Syarikat.
Sonos gembira dengan keputusan awal ITC ini kerana ia mengesahkan pelanggaran secara terang-terangan Google ke atas paten yang dipegang oleh mereka selain menunjukkan kekuatan dan penawaran meluas portfolio milik mereka serta dapat mempertahankan inovasi dari dimonopoli syarikat teknologi besar.
Tahun lalu aduan dikemukakan Sonos kepada ITC kerana kesalahan Google. Keputusan akhir ITC akan hanya diumumkan pada 13 Disember dengan penguatkuasaan halangan import berlaku dalam masa 60 hari. Ini pastinya akan menjejaskan jualan speaker pintar Google yang di tangga kedua di belakang Amazon. Pihak Google dalam kenyataan rasmi menyangkal mereka menggunakan teknologi Sonos dan akan membuktikannya dalam penerangan kes kelak.
Sumber Techcrunch