Cari @ Amanz

Pada bulan Januari tahun ini, Google telah disaman oleh Sonos atas dakwaan mencuri paten teknologi pembesar suara pintar. Kemudian pada bulan Jun lepas, Google menyaman semula Sonos atas dakwaan melanggar lima paten teknologi mereka. Google dan Sonos pada asalnya bekerjasama dan adalah “kawan baik”, seperti Google membenarkan pengguna memilih produk Sonos sebagai pembesar suara lalai dan Google turut membantu Sonos dalam penghasilan pembesar suara. Google dilaporkan berasa kecewa atas tindakan Sonos ini.

Nampaknya, perkara ini masih tidak selesai dan perkara ini mungkin berlaku kerana produk peranti berhubung Google lebih laris kerana dari segi penawaran harga dan rekaan. Baru-baru ini melalui The Verge, Sonos dilaporkan telah menyaman kembali Google dengan dakwaan melanggar lima paten teknologi. Sonos mendakwa yang teknologi yang digunakan pada produk-produk Nest dan Chromecast menggunakan teknologi mereka tanpa kebenaran.

Beberapa dakwaan adalah perkara yang sama; seperti sistem audio nirwayar dari segi tetapan, memain muzik secara serentak (sync) dan juga berhubung dengan pembesar suara lain untuk menjadikan sistem stereo. Dakwaan baru dari Sonos adalah Google melanggar paten kawalan penstriman muzik dari peranti kedua seperti telefon, tetapan equalizer automatik, pengurusan pembesar suara dalam kumpulan serta tetapam preset kawasan mengikut suasana.

Sonos turut mendakwa yang ini adalah perkara biasa sebuah syarikat teknologi gergasi mencuri teknologi syarikat kecil. Kerana pelanggaran paten ini dianggap sebagai pelanggaran yang efisien kerana bayaran denda adalah rendah. Disebabkan itu, mereka bertegas ingin menyaman Google. Sonos turut memberitahu Google yang mereka mempunyai carta yang terdapat 100 paten yang Google langgar, tetapi Google tidak ingin mengaku.

Pada hemat kami, ini hanyalah satu perkara dengki sahaja. Semua sedia maklum yang sistem pembesar suara pintar Google adalah (mungkin) yang tersendiri kerana integrasi Google Assistant. Kemudian harga jualan Google adalah murah, jadi Sonos mungkin rasa tidak berpuas hati kerana produk Google mempunyai teknologi yang mungkin lebih kurang sama tetapi lebih laris.

Dengan pelancaran produk Nest baru pada malam ini, Sonos tidak teragak-agak cuba mengganggu Google agar mereka berubah fikiran dan bertanggungjawab.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd