Carian
Samsung Galaxy Watch4 Dan Watch4 Classic Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899
August 16, 2021 Amy Maizuraa

Selain daripada Samsung Galaxy Z Flip 3 dan Galaxy Z Fold 3, harga jualan untuk jam tangan pintar terkini Samsung turut diumumkan secara rasmi. Seperti yang diketahui, siri Samsung Galaxy Watch 4 terdiri dengan dua model berbeza iaitu Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic. Ianya juga boleh empat pilihan saiz yang berlainan iaitu 40mm, 42mm, 44mm dan 46mm. Bagi yang berminat, harga jualan rasmi untuk kedua-dua model jam tangan pintar berkenaan adalah seperti berikut :

  • Samsung Galaxy Watch4 (40mm) – RM899
  • Samsung Galaxy Watch4 (44mm) – RM999
  • Samsung Galaxy Watch4 Classic (42mm) – RM1,299
  • Samsung Galaxy Watch4 Classic (46mm) – RM1,399

Sesi pra-tempahan juga akan dibuka bermula 19 Ogos – 21 September 2021. Lebih menariknya, setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma menarik berupa baucar bernilai RM250 untuk pembelian mana-mana model Samsung Galaxy Watch4 Classic. Sementara itu, pembelian mana-mana pembelian untuk model Samsung Galaxy Watch4 pula akan menerima baucar percuma bernilai RM150. Untuk makluman semua, pra-tempahan boleh dibuat menerusi kedai atas talian atau pengedar sah rasmi Samsung di seluruh Malaysia.

Komen