Samsung Galaxy A52s 5G dilancarkan hari ini dengan beberapa penambahbaikan berbanding Galaxy A52 5G yang dilancarkan pada Mac yang lalu. Peranti dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x2400 piksel). Paparan ini juga menyokong kadar segar semula yang tinggi mencecah 120Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 778G yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 750G sebelum ini.
Ini dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256 GB dan bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Buat pertama kalinya ciri RAM Plus diperkenalkan untuk menambah memori secara maya. Bagi yang masih menggunakan kad mikro SD pula, storan sehingga 1TB boleh ditambah.
Kamera utama pula menggunakan sensor utama 64-Megapixel dengan OIS , kemudian diikuti tiga lagi lensa berasingan iaitu 8-Megapixel, 5-Megapixel dan 5-Megapixel. Sementara itu kamera swafoto sebesar 32-Megapixel diletakkan dalam lubang kamera Infinity-O.
Ciri menarik lain ialah ketahanan kalis air IP67, pengimbas cap jari dalam skrin, bicu audio dan speaker stereo. Harga jualan bermula dari £409 (~RM2381) dalam warna Awesome Mint, Awesome Violet, Awesome White dan Awesome Black.