Cari @ Amanz

Realme sejak kebelakangan ini begitu fokus pada jenama GT mereka. Bersungguh-sungguh cuba bersaing dengan iQOO dan Red Magic dalam penawaran peranti gaming mampu milik. Setakat ini kita sudah kedengaran Realme GT Master Edition, Explorer Edition, Neo dan Neo Flash.

Terkini sebuah lagi peranti Realme GT dikatakan akan tiba dalam masa terdekat. Peranti ini dikatakan adalah pengganti kepada Realme GT Neo dan merupakan penjenamaan semula kepada Oppo K9 Pro yang juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Oppo K9 adalah siri peranti baharu Oppo yang menawarkan spesifikasi menarik pada harga lebih mampu milik. Peranti ini dikatakan mempunyai skrin 6.43-inci AMOLED, cip MediaTek 3GHz, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman 256GB, bateri 4400mAh, 65W pengecasan pantas dan sistem tri-kamera 64MP. Peranti dengan nombor model PEYM00 ini dilihat sudah tersenarai di TENAA.

Rekaan peranti juga dilihat menarik. Modul kamera di belakang dengan penulisan 09-K Pro, yang mana kami yakin jika ini adalah peranti Realme ia akan diubah kepada Realme atau Dare to Leap. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd