Pengerusi Huawei Yakin Syarikat Akan Kembali Ke ‘Singgahsana’ Pasaran Telefon Pintar

Diterbitkan pada Ogos 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak dimasukkan ke dalam senarai entiti Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dua tahun lalu, nasib Huawei berubah mendadak. Mereka hampir memintas Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia tetapi kini tidak lagi tersenarai sebagai lima yang paling utama. Sungguhpun masa depan syarikat sedikit malap, pengerusi Huawei Guo Ping dipetik Reuters berkata beliau percaya syarikat akan kembali ke ‘singgahsana’ pasaran telefon pintar.

Beliau turut berkata telefon pintar moden memerlukan cip yang terkini yang lebih kecil dengan penggunaan kuasa yang rendah. Huawei tidak masalah mereka cip ini cuma halangan adalah mereka tidak mempunyai akses kepada kelengkapan untuk mengeluarkannya. TSMC yang selama ini mengeluarkan cip HiSilicon Kirin tidak dibenarkan mengambil Huawei sebagai pelanggan kerana menggunakan teknologi penghasilan milik Amerika Syarikat.

Huawei akan terus kekal dalam dunia telekomunikasi serta telefon pintar dengan terus menghasilkan cip dan syarikat akan lama kelamaan kembali ke singgahsana. Tahun ini Huawei masih menghasilkan peranti mercu siri P tetapi terpaksa menggunakan cip Snapdragon 888 keluaran Qualcomm tanpa sokongan rangkaian 5G. Sesuatu yang agak memalukan sebagai syarikat yang mempelopori teknologi ini.

Bagi meneruskan perniagaan, Huawei sudah memulakan langkah untuk memasuki dunia automotif pula. Dengan kerajaan Joe Biden tidak merancang mengeluarkan Huawei dari senarai entiti, syarikat perlu beroperasi pada kapasiti lebih rendah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami