Cari @ Amanz

Realme Book Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Esok

Link Copied!

Realme Book telah membuat kemunculan rasminya semalam dalam acara pelancaran yang berlangsung di beberapa negara seperti India, Eropah dan China. Kini giliran kita pengguna di Malaysia pula bakal menerima kehadirannya yang dijadualkan tiba pada esok iaitu 20 Ogos 2021.

Perkara ini dikongsi oleh pihak Realme Malaysia dengan berkongsi poster pelancaran rasminya di media sosial, sebentar tadi. Seperti kebiasaannya, acara pelancaran ini akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi mereka bermula jam 12 tengah hari. Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut mengenainya, setia dengan kami di Amanz kerana kami akan mengemas kini mengenai penawaran komputer riba ini sejurus ia diumumkan secara rasmi esok – termasuklah harga jualan rasminya.

Realme Book hadir dengan rekaan yang ringan dan kompak, di samping pilihan CPU dan GPU yang berbeza. Di mana, model dengan CPU Intel-Core i3-1115G4 dipadankan dengan GPU Intel UHD. Sementara itu, model dengan Intel-Core i5-1135G7 pula menggunakan GPU Intel Iris Xe.

Seterusnya, ia dilengkapi penggunaan skrin bersaiz 14-inci LCD (IPS) dengan resolusi 2K (2520 x 1680 piksel). Di samping, turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan untuk gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 400nits, nisbah aspek 3:2 dan nisbah skrin-ke-badan mencecah 90%. Penawaran memori pula adalah 8GB DDR4 RAM dan storan sehingga 512 GB PCIe SSD.

Bateri 54Wh yaNg dibekalkan mampu untuk beroperasi sehingga 11 jam lamanya. Di samping, turut menyokong pengecasan 65W Super Fast Charge yang boleh mengecas komputer riba sehingga 50% dalam masa 30 minit. Bukan itu sahaja, ia juga serasi dengan teknogi pengecasan 30W Dart Charge yang boleh mengecas telefon pintar Realme dengan port sambungan USB-C.


Komen ()