Samsung Menghentikan Jualan Samsung Galaxy Buds+

Diterbitkan pada Ogos 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran Samsung Galaxy Buds2, Samsung telah menghentikan jualan Samsung Galaxy Buds+ yang dilancarkan dua tahun yang lalu menurut laporan CNET. Kini Samsung hanya menjual Samsung Galaxy Buds2, Buds Pro dan Bud Live sahaja masing-masing dengan ciri unik tersendiri.

Di Malaysia kedai atas talian Samsung Malaysia tidak lagi menjual Buds dan Buds+ dengan hanya pautan diberikan kepada gedung Lazada yang turut tidak lagi mempunyai sebarang stok fon telinga tersebut. Tindakan ini masuk akal kerana Buds2 menjadi TWS paling mampu milik mereka pada harga RM499. Kesemua portfolio TWS Samsung kini menyokong ANC sepenuhnya selepas Buds+ dihentikan jualan.

Secara peribadi Buds+ saya rasakan masih lagi TWS yang menarik kerana boleh bertahan lebih 12 jam dengan sekali caj. Tidak ada TWS lain keluaran Samsung dan pengeluar lain yang boleh menawarkan hayat penggunaan yang tahan lama ini. Amatlah berguna untuk perjalanan dalam kapal terbang rentas benua.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami