WhatsApp Untuk iPad Semakin Hampir Menjadi Realiti

Diterbitkan pada Ogos 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kali pertama ura-ura mengenai aplikasi WhatsApp intuk iPad didengari adalah empat tahun yang lalu sebelum muncul sekali lagi pada tahun 2019. Penanti aplikasi rasmi ini terlalu lama sehingga pengguna terpaksa berpuas hati dengan pengguaan versi web sahaja pada waktu ini. Namun menurut WABetaInfo pelancarannya di iPad mungkin akan tiba dalam masa terdekat.

Sokongan di iPad akan dilakukan menerusi ciri multi-device 2.0 yang membolehkan WhatsApp digunakan tanpa telefon pintar. Sehingga empat peranti tambahan dan satu telefon pintar akan disokong multi-device 2.0. Sekiranya telefon kehabisan peranti sekalipun, mesej dapat diterima tidak seperti versi web sekarang yang memerlukan sambungan pada telefon pintar secara aktif.

Pada waktu ini ujian di iPad masih di peringkat Beta. Sekiranya dilancarkan secara rasmi kelak WhatsApp akan disokong di iPad menggunakan aplikasi secara rasmi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami