Oukitel WP15 5G Dilancarkan Dengan bateri 15600 mAh

Diterbitkan pada Ogos 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oukitel WP15 5G telah dilancarkan secara rasmi selepas diacah oleh syarikat sejak dua minggu yang lalu. Peranti ini mempunyai keunikan bukan sahaja pada rekaan tubuh yang tahan lasak tetapi juga kerana ia dilengkapi bateri sebesar 15600 mAh. Ini menjadikannya telefon pintar dengan saiz bateri terbesar pernah dihasilkan sejak Energizer Power Max P18K Pop yang berbateri 18,000 mAh dibatalkan dua tahun lalu.

Peranti dilengkapi skrin 6.52″ HD+ IPS LCD,dijana cip Mediatek Dimensity 700, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 15600 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Sungguhpun begitu bateri masih memerlukan masa 5 jam untuk dicas sepenuhnya.

Kamera utama 48+2+0.3 MP dipadankan dengan kamera swafoto 8MP. Peranti bukan sahaja melepasi piawaian kalis air serta debu IP69X tetapi turut melepas piawaian MIL-STD 801G. Ia boleh menyerap hentakan dari ketinggian 1.5 meter tanpa masalah.

Selain itu ia turut menyokong rangkaian 5G yang pantas. Kerana saiz baterinya yang amat besar, telefon pintar ini turut boleh digunakan sebagai sebuah powerbank. Tambah menarik Oukitel turut menyertakan ciri ia menjadi mengembangkan keluasan rangkuman WiFi di rumah. Oukitel WP15 5G dijual pada harga $300 (~RM1269) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami