Kelihatannya, Nokia dalam persediaan untuk pengenalan telefon pintar baharu tidak lama lagi. Ini diperkuatkan lagi dengan tularnya satu posting Instagram yang mana memaparkan rekaan penuh untuk Nokia G50, baru-baru ini. Memetik beberapa sumber, hantaran berkenaan dimuat-naik oleh pihak Nokia Mobile Perancis tetapi kini didapati telah diturunkan semula.
Bagaimanapun, dalam tangkap layar yang dikongsi beberapa sumber jelas menunjukkan telefon pintar berkenaan akan menawarkan jangka hayat bateri yang panjang, sokongan rangkaian 5G dan kamera utama 48MP. Selain itu, ia juga menampilkan rekaan yang sangat mirip sangat serupa dengan model Nokia G10 dan G20 sebelum ini – terutamanya sokongan sistem tri-kamera yang disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Bukan itu sahaja, Nokia turut mengekalkan rekaan bertakuk kecil pada panel hadapannya.
Spekulasi awal mendakwa Nokia G50 mungkin dijana dengan cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Ia juga besar kemungkinan dijual dengan julat harga sekitar £207 (~RM1,195).
Sumber : Phonearena